Blogger Templates

Saturday, February 2, 2013

Kepentingan Worldview


Sambungan tajuk worldview , pentingnya worldview antaranya yg utama ialah muhasabah diri. Tambah lagi 5 .....
 
1. Pencetus iltizam dan tanggungjawab diantara manusia dan mendorong kesedaran manusia terhadap insan dan makhluk lain.
Islam yang syumul dan mencakupi seluruh aspek kehidupan baik kehidupan di dunia mahupun akhirat. Mengatur semua urusan hidup manusia sama ada yang melibatkan hubungan manusia dengan Al-Khaliq dan manusia sesama manusia. Setiap hubungan yang baik antara manusia dengan manusia adalah termasuk dan diiktiraf sebagai sebahagian dari urusan ibadat yang diperintah Allah dan akan mendapat ganjaran dari-Nya.
Contoh: Apabila baik hubungan manusia dengan Tuhan.Nya secara tidak langsung ia akan membawa kesan baik dalam kehidupan seharian di dunia dalam kontek hubungan sesama manusia dan makhluk-makhluk Allah yang lain.

2. Membentuk orientasi hidup insan.
Orientasi kehidupan adalah suatu pandangan yang memberi maksud kehidupan kita. Untuk membentuk masa depan yang baik, perlu ada orientasi kehidupan yang jelas dan fokus. Worldview membantu kita menjawab pertanyaanorientasi agama dan carian untuk makna kehidupan kita, yang mana kita perlu tahu bukan sahaja apa yang perlu difikirkan, tetapi juga bagaimana untuk hidup, apa harus dilakukan, bagaimana untuk mengaitkan antara satu sama lain, diri mereka sendiri, dan segala kemungkinan berlaku di dunia.
Contoh: Seseorang yang mempunyai tujuan dalam kehidupan untuk menjadi seorang yang berjaya, apabila dia mempunyai pengetahuan dan iman yang kuat kepada Allah, maka ia akan berusaha mengejar kejayaan dengan cara yang baik, menurut perintah-perintah Tuhan.

3. Membangun masyarakat bertoleransi dan penjanaan insan terpuji
.
Sebagai sebuah masyarakat, setiap individu harus menjalin hubungan yang baik, saling menghormati, saling menghargai dan ada toleransi antara individu serta menghormati pegangan dan kepercayaan sesuatu bangsa atau komuniti setempat. Islam mempunyai mekanisme yang tersendiri dalam menguruskan sistem kehidupan manusia yang bersifat komprehensif dan holistik bagi mengelakkan kezaliman dan ketidakadilan berlaku dalam institusi masyarakat.
Contoh: Apabila berlaku suatu konflik di sesebuah tempat, masyarakat di situ pelu bermusyawarah untuk mencapai kata sepakat sehingga mencapai satu keputusan bersama. Tuntutan kepada memaksimumkan peningkatan nilai-nilai murni dalan setiap tindakan manusia akan mengubah worldview manusia kearah penjanaan insan terpuji dan mengutamakan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

4. Untuk membuka jalan bagi mencapai makna Nilai Islam dalam kehidupan. Memberi gambaran Islam sebenar yang terdapat di dalam akal fikiran dan akan disebati di dalam diri seseorang setelah memahaminya.
Keimanan manusia kepada Allah perlu mengatasi segala kepercayaan pada perkara lain. Manusia perlu mengingati kepercayaan dan ketaatan kepada Allah secara lengkap dan sempurna kerana Allah sentiasa menilai segala perkataan, perbuatan dan tingkah laku manusia setiap masa. Setiap perlakuan dan perbuatan yang dilakukan kerana Allah merupakan suatu ibadah.
Contoh: Islam telah menyediakan panduan berkenaan perkara kecil seperti adab makan, minum, tidur , mandi sehinggalah kepada perkara-perkara besar seperti sistem ekonomi, politik, sosial dan pendidikan.

5. Menjana pemikiran manusia
.
Memperjelas tanggapan, membangun keyakinan, merintis jalan ke arah pengetahuan dan kefahaman serta akhirnya memberi makna. Naluri manusia sejak lahir ialah memiliki rasa ingin tahu yang tinggi.
Contoh: Meneliti air sungai yang mengalir, terkandung kotoran, sampai laut bercampur dengan air yang masin, menerbitkan wap naik ke angkasa, berkumpul sebagai awan, turun semula ke bumi sebagai hujan dan daripadanya menjadi sumber kehidupan.

Bagi yang berfikir secara batin dan zahir, ia melambangkan kebesaran Allah dalam menentukan ketertiban alam yang terurus baik dengan sunnah-Nya. Daripadanya terbina worldview tepat mengenai air yang faedah yang besar kepada manusia dan alam. Ilmu yang ditunjangi Worldview Islam memberi jalan berfikir yang lebih terarah.

Worldview oh Islamic worldview


Belajar subjek Islamic worldview memang mengujakan. Sebelum ni tak pernah dengar pun kalimah worldview. Tapi bila dah mula kuliah syok pula dgr lecturer tu berceloteh. Baru la faham apa itu Islamic Worldview .... jom kongsi apa yg ku faham ......

Worldview bermaksud "Pandangan Hidup". Sebagai seorang insan, kita akan sentiasa menjalani proses tranformasi yang berterusan ke atas diri. Input-input yang masuk menerusi pancaindera mata kepala seterusnya diproses oleh akal dan mata hati yang akan membentuk satu tanggapan hidup (worldview). Worldview ini akan menentukan nilai dan sikap individu (keadaan jiwa) yang seterusnya menentukan tabiat atau tingkahlaku seseorang.

Pandangan Hidup Islam (Islamic Worldview) bermaksud melihat Islam secara keseluruhan, dengan demikian ternampaklah Islam itu indah, syumul dan istimewa. Pandangan hidup Islam terbentuk dari serangkaian pemahaman tentang konsep-konsep pokok dalam Islam, seperti konsep Ketuhanan, konsep Kenabian, konsep wahyu, konsep manusia, konsep alam dan konsep ilmu. Seluruh elemen itu berkait antara satu sama lain, dan konsep Ketuhanan menjadi landasan bagi konsep-konsep lainnya.

Worldview adalah bahagian terpenting daripada ajaran Islam. Ia menetukan bagaimana seseorang Muslim itu melihat, mendekati dan berinteraksi dengan segala sesuatu dalam kehidupannya.


Wahai hati ......



Terjumpa poster ni. Cantik ayat, cantik juga gambarnya. Sesuatu yang kadang-kadang kita tak perasaan. Sekilas bila memandang orang pasti terdetik di hati persepsi tentang orang yg kita lihat tu. Itu baru sekilas pandang, tapi kalau dalam memandang ada pula sedikit cerita pasti pelbagai sangkaan akan timbul. Baik sangka atau buruk sangka ... Wahai hati, mengapa ada perasaan begitu ... jauhilah aku dari sifat buruk sangka.......

Friday, January 6, 2012

Tinta 2012

Assalamualaikum....
Selamat Tahun Baru 2012. Lama juga tak jenguk blog ni. Semoga tahun ini lebih ceria dan tercapai apa yang diimpikan.Ada masa terluang tinta ini akan berbicara lagi...

Monday, July 25, 2011

CinTa TerAkhir

First time nak menulis kat blog ni...tak tau nak isi apa dalam post...
Bicara tentang lagu Cinta Terakhir ... lagu yang paling aku suka masa ni...walaupun lagu tu dh lama juga..nyanyian Aiman ...liriknya menusuk jiwa ..


-CINTA TERAKHIR -
Kau cinta pertama ku
Kau cinta terakhir ku, Tiada apa yang bisa, Menafikan kasih kita
Kau ayu di mata ku, Satu antara seribu, Tiada tara di dunia
Mungkin kan terputus di tengah jalan, Mungkin kan terlerai tanpa ikatan, Usah ragu dengan takdir
Mungkin kita kan berbeza haluan, Berakhirnya cerita percintaan, Segalanya ketentuan Tuhan

* hati terusik dengan bait2 liriknya...mau meleleh airmata... kita merancang segalanya. Tuhan menentukan...sedih bila terkenang-kenang...