Sambungan tajuk worldview , pentingnya worldview antaranya yg utama ialah muhasabah diri. Tambah lagi 5 .....
1. Pencetus iltizam dan tanggungjawab diantara manusia dan mendorong kesedaran manusia terhadap insan dan makhluk lain.
Islam yang syumul dan mencakupi seluruh aspek kehidupan baik kehidupan di dunia mahupun akhirat. Mengatur semua urusan hidup manusia sama ada yang melibatkan hubungan manusia dengan Al-Khaliq dan manusia sesama manusia. Setiap hubungan yang baik antara manusia dengan manusia adalah termasuk dan diiktiraf sebagai sebahagian dari urusan ibadat yang diperintah Allah dan akan mendapat ganjaran dari-Nya.
Contoh: Apabila baik hubungan manusia dengan Tuhan.Nya secara tidak langsung ia akan membawa kesan baik dalam kehidupan seharian di dunia dalam kontek hubungan sesama manusia dan makhluk-makhluk Allah yang lain.
2. Membentuk orientasi hidup insan.
Orientasi kehidupan adalah suatu pandangan yang memberi maksud kehidupan kita. Untuk membentuk masa depan yang baik, perlu ada orientasi kehidupan yang jelas dan fokus. Worldview membantu kita menjawab pertanyaanorientasi agama dan carian untuk makna kehidupan kita, yang mana kita perlu tahu bukan sahaja apa yang perlu difikirkan, tetapi juga bagaimana untuk hidup, apa harus dilakukan, bagaimana untuk mengaitkan antara satu sama lain, diri mereka sendiri, dan segala kemungkinan berlaku di dunia.
Contoh: Seseorang yang mempunyai tujuan dalam kehidupan untuk menjadi seorang yang berjaya, apabila dia mempunyai pengetahuan dan iman yang kuat kepada Allah, maka ia akan berusaha mengejar kejayaan dengan cara yang baik, menurut perintah-perintah Tuhan.
3. Membangun masyarakat bertoleransi dan penjanaan insan terpuji.
Sebagai sebuah masyarakat, setiap individu harus menjalin hubungan yang baik, saling menghormati, saling menghargai dan ada toleransi antara individu serta menghormati pegangan dan kepercayaan sesuatu bangsa atau komuniti setempat. Islam mempunyai mekanisme yang tersendiri dalam menguruskan sistem kehidupan manusia yang bersifat komprehensif dan holistik bagi mengelakkan kezaliman dan ketidakadilan berlaku dalam institusi masyarakat.
Contoh: Apabila berlaku suatu konflik di sesebuah tempat, masyarakat di situ pelu bermusyawarah untuk mencapai kata sepakat sehingga mencapai satu keputusan bersama. Tuntutan kepada memaksimumkan peningkatan nilai-nilai murni dalan setiap tindakan manusia akan mengubah worldview manusia kearah penjanaan insan terpuji dan mengutamakan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
4. Untuk membuka jalan bagi mencapai makna Nilai Islam dalam kehidupan. Memberi gambaran Islam sebenar yang terdapat di dalam akal fikiran dan akan disebati di dalam diri seseorang setelah memahaminya.
Keimanan manusia kepada Allah perlu mengatasi segala kepercayaan pada perkara lain. Manusia perlu mengingati kepercayaan dan ketaatan kepada Allah secara lengkap dan sempurna kerana Allah sentiasa menilai segala perkataan, perbuatan dan tingkah laku manusia setiap masa. Setiap perlakuan dan perbuatan yang dilakukan kerana Allah merupakan suatu ibadah.
Contoh: Islam telah menyediakan panduan berkenaan perkara kecil seperti adab makan, minum, tidur , mandi sehinggalah kepada perkara-perkara besar seperti sistem ekonomi, politik, sosial dan pendidikan.
5. Menjana pemikiran manusia.
Memperjelas tanggapan, membangun keyakinan, merintis jalan ke arah pengetahuan dan kefahaman serta akhirnya memberi makna. Naluri manusia sejak lahir ialah memiliki rasa ingin tahu yang tinggi.
Contoh: Meneliti air sungai yang mengalir, terkandung kotoran, sampai laut bercampur dengan air yang masin, menerbitkan wap naik ke angkasa, berkumpul sebagai awan, turun semula ke bumi sebagai hujan dan daripadanya menjadi sumber kehidupan.
Bagi yang berfikir secara batin dan zahir, ia melambangkan kebesaran Allah dalam menentukan ketertiban alam yang terurus baik dengan sunnah-Nya. Daripadanya terbina worldview tepat mengenai air yang faedah yang besar kepada manusia dan alam. Ilmu yang ditunjangi Worldview Islam memberi jalan berfikir yang lebih terarah.
No comments:
Post a Comment