Belajar subjek Islamic worldview memang mengujakan. Sebelum ni tak pernah dengar pun kalimah worldview. Tapi bila dah mula kuliah syok pula dgr lecturer tu berceloteh. Baru la faham apa itu Islamic Worldview .... jom kongsi apa yg ku faham ......
Worldview bermaksud "Pandangan Hidup". Sebagai seorang
insan, kita akan sentiasa menjalani proses tranformasi yang berterusan ke atas
diri. Input-input yang masuk menerusi pancaindera mata kepala seterusnya
diproses oleh akal dan mata hati yang akan membentuk satu tanggapan hidup
(worldview). Worldview ini akan menentukan nilai dan sikap individu (keadaan
jiwa) yang seterusnya menentukan tabiat atau tingkahlaku seseorang.
Pandangan Hidup Islam (Islamic Worldview) bermaksud melihat Islam secara
keseluruhan, dengan demikian ternampaklah Islam itu indah, syumul dan istimewa.
Pandangan hidup Islam terbentuk dari serangkaian pemahaman tentang
konsep-konsep pokok dalam Islam, seperti konsep Ketuhanan, konsep Kenabian, konsep
wahyu, konsep manusia, konsep alam dan konsep ilmu. Seluruh elemen itu berkait
antara satu sama lain, dan konsep Ketuhanan menjadi landasan bagi konsep-konsep
lainnya.
Worldview adalah bahagian terpenting daripada ajaran Islam. Ia menetukan
bagaimana seseorang Muslim itu melihat, mendekati dan berinteraksi dengan
segala sesuatu dalam kehidupannya.
No comments:
Post a Comment