Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
An-Nahl, ayat 125
1.
Hikmah
Berdakwah dengan cara
hikmah kebijaksanaan.
Sabda Rasulullah
s.a.w. yang bermaksud : “ Berbicaralah kepada manusia menurut kadar kemampuan
akal mereka masing-masing” (riwayat Muslim)
Semasa proses menyampaikan dakwah atau ilmu, ia memerlukan keadah-kaedah tertentu kerana
jika ia disampaikan dengan cara sambil lewa atau tidak berhikmah, pengajaran
atau dakwah guru itu tidak akan sampai atau tidak memberi kesan. Contohnya, apabila
menegur kesalahan murid, gunakan cara yang berhikmah dengan tidak mengaibkan
atau menyebut nama murid yang bersalah dihadapan murid lain. Bersabar dan
fikirkan kaedah yang terbaik bagi menangani murid yang bermasalah. Rasulullah
SAW berpesan, “Sesiapa yang menutup aib manusia lain di dunia, nescaya Allah
akan menutup aibnya pada hari akhirat.”
2.
Mauizah
alhasanah
Berdakwah
melalui nasihat dan pengajaran yang baik
Perkataan mauizah
al-hasanah membawa maksud sebagai jalan untuk menyampaikan dakwah dan uslub
berdakwah bertujuan untuk mendekati bukan menjauhkan, memudahkan bukan
menyusahkan, mengasihi dan bukan menakutkan. Menurut Imam al-Ghazali,
mauizah al-hasanaha adalah beberapa pengajaran dan nasihat yang berdasarkan
kepada apa yang terkandung dalam al-Quran dan aspek perkhabaran yang
mengembirakan dan ancaman yang menakutkan kemudian disertai dengan kesabaran
dan keikhlasan dalam nasihat yang diberikan.
3.
Mujadalah
billati hiya ahsan
Berdakwah melalui
berbahas dengan cara yang baik
Al-mujadalah bermaksud
perbincangan dan perbahasan dengan mengemukakan hujah dan dalil yang dapat
menerangkan sesuatu maksud yang tidak jelas. Menurut imam al-Ghazali,
al-mujadalah adalah perdebatan yang berlaku antara pendakwah dengan orang yang
didakwah hendaklah dilakukan dengan cara berhati-hati dan berlemah lembut
hingga membangkitkan kesedaran kepada hati, pengajaran pada jiwa dan kejernihan
pada akal. Matlamat al-mujadalah adalah untuk membuka pemikiran
mad’u serta menghilangkan kekeliruan dan menjelaskan kebenaran.
No comments:
Post a Comment